Wednesday, May 26, 2010

Ku di tengah2......tersepit antara permata dan berlian

Salam semua....selalu nye bila ade masa terluang untuk balik kampung...aku pasti gembira bila dapat tahu dia pasti ikut aku.tapi minggu nie walaupun dia balik kampung jugak,tapi jiwa dan perasaan ku memberontak menyatakan daku tidak balik bersama dia."Ala bro ilek ar...dia naik kete lain jer...lagi pun silap lu jugak..sape suh lu ambil dia lewat2 malam kat tapah"...kata hati gua...Gua jawab balik..."salam bro,lu ingat wa suka2 ke nak balik lambat...tapi wa mengaku beb salah gua,apalak nanti kata org kampung dia,lagipun gua tau abah dia marah gua,silap wa jugak...

Untuk pengetahuan, gua last balik sitiawan pada tahun lepas....tau jelah anak sulung...raut wajah memang tak bgtau rindu...tapi dalam hati siapa yang tahu...tahap kerinduan pada adik2....seronok bila teringat kembali pada  petang tu kami sekeluarga pergi ke lumut...walaupun sekadar makan abc...suap adik im,bila teringat balik meleleh air mata...

ketika itu sepatutnya aku sudah patut bertolak ambil dia...namun bila keluar bersama keluarga,aku sudah lupa janji aku nak gerak pas asar ke tapah...Sedih bila kenangkan hanya abc saje yang dapat ku belanje mereka...sedangkan org lain kalau balik belanja family dengan pizza sekurang2nya....pada mak dan ayah anakmu minta maaf...terlalu singkat untuk kita semua gathering bersama....

Apa2pun memang silap aku...lain kali ingat rul...nak anto anak org bior sesiang....jgn memalam baru nak ngantor ngambik,paham tu yop!!!!!

Tuesday, May 18, 2010

DiKaLa DaKu DiMaraHi



Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Thursday, February 25, 2010

Berilah Peluang Padaku

Salam saya ucapkan pada semua pembaca..untuk tahun nie ku rasa ni entri yang pertama.Tapi malangnya entri kali ini terpanggil untuk ku coretkan adalah luahan rasa hati.Hari ini terungkai lah sudah kisah2 silamku yang selama ini ku cuba lupakan,namun Allah S.W.T telah memberiku pengajaran yang sewajarnya.Mungkin bagi sidia tiada kemaafan lagi yang boleh menutupi segala kisah silamku.Maka tertutuplah sudah pintu kemaafan untuk ku.Kisah percintaanku dan dia,penuh dengan dugaan dan halangan yang bisa membinasakan keutuhan jambatan yang selama ini menghubungkan kami berdua.Kami diduga pelbagai ujian,tapi yang sebenarnya banyak mendatangkan kesangsian,keraguan,ketidaksetiaan semua nya datang dari daku.Ku sedar sebagai seorang manusia aku tidak lari dari di ganggu syaitan.Kerana syaitan telah bersumpah pada penciptaNya akan ganggu manusia sehingga ke hari kiamat.Tapi pokok pangkalnya pada diriku jugak.Masakan pokok kan bergoyang kalau angin tak tiup betul tak?Terus terang ku katakan dengan dia...ku rasa amat bahagia.Penuh dengan tawa riang,senda gurau,tapi semua itu terpadam bila dia ketahui kisah silamku.Aku malu untuk berhadapan dengan dia,mahupun rakannya. Apapun entri ini adalah untuk menyatakan yang ku masih menyayanginya hingga kini dan saat ini.Aku redho dengan apa pun keputusan yang dia berikan..Semoga Allah kekalkan hubungan kami...maaf dariku untuk mu...Berilah peluang sekali lagi untuk ku perbaiki diri ini...

Monday, November 30, 2009

Air Yang Dicincang Tidak Akan Putus



Salam all...setelah lama tidak berkarya...tapi hari ni bila check dalam phone terjumpa gambar diatas..bila teringat balik peristiwa mereka hatiku pasti berdetik menanyakan sesuatu dalam mindaku."Alangkah indah nya jika adik-beradikku serapat mereka berdua".Daku melihat salah sorang dari mereka mengesat air mata.Mungkin ada kisah disebalik pertemuan mereka.Apa yang dapat daku tafsirkan dari gambar diatas melihat dari sudut mereka berpelukan yang begitu erat,berkemungkinan mereka sudah lama tidak ketemu.Tapi apa yang daku hendak sampaikan dan berkongsi dengan anda semua pengalaman sebagai seorang abang.Mungkin bagi mereka yang bergelar along mempunyai kisah yang sama sepertiku.Kisahnya bermula ketika daku zaman persekolahan ketika itu emakku sarat mengandung,ayahku pergi belayar.Jadi menjadi tanggungjawabku untuk memasak makanan untuk adikku.Setelah siap masak sayur kobis masak kicap maka ku hidangkan pada adikku.Daku menerima komen yang agak bernas walaupun ketika itu masak nasi menggunakan beras cap rambutan,komennya.."along apa ni tak sedap arr along masak"kata adikku padaku.Dengan nada kecewa daku berkata "Along minta maaf dik,ni je yang along reti".Membawa hati yang lara aku termenung di dalam bilik,"adakah aku seorang abang yang tidak berguna detik hatiku"keesokkan harinya aku melihat sayur ku habis dimakan.Aku melihat sambil tersenyum.."mungkin kelaparan sangat mereka malam tadi".Wahai adik2 yang di luar sana ketahuilah anda bahawa abang-abang dan kakak anda sentiasa akan melindungi anda semua...Ini janji seorang abang kepada anda.Jadi hargailah ketika abang dan kakak anda masih ada.Ketahuilah anda mereka tidak marah lama,mereka masih sayangkan anda semua...mereka sanggup berlapar,berpanas,berhujan untuk pastikan anda senang,pandai dan berjaya dalam hidup....renung2kanlah..

Tuesday, November 17, 2009

Yang Penting Kita Happy

salam semua....disamping korang tatap wajah diatas...gua nak berkongsi kegembiraan yang teramat sangat.hanya orang tertentu je tau nape aku rasa seronok sangat....tak kisah la ada orang nak kata aku apa pun kalau berani letak ar nama betol ni tak diam jer.....persetankan itu semua...yang penting sambil gua menyanyikan lagu "yang penting kita happy" jaga ko nawemee...pasni kalau ko buat video klip lagi aku lah orang yang akan bangkang habis2an.sebab aku akan jadi salah satu dari mereka...thanks god,thanks to semua terutama ellysu bahari yang banyak bagi sokongan.doakan medical gua semuanya berjalan dengan lancar.amiin.........
Related Posts with Thumbnails

GearTinggi