Monday, November 30, 2009

Air Yang Dicincang Tidak Akan Putus



Salam all...setelah lama tidak berkarya...tapi hari ni bila check dalam phone terjumpa gambar diatas..bila teringat balik peristiwa mereka hatiku pasti berdetik menanyakan sesuatu dalam mindaku."Alangkah indah nya jika adik-beradikku serapat mereka berdua".Daku melihat salah sorang dari mereka mengesat air mata.Mungkin ada kisah disebalik pertemuan mereka.Apa yang dapat daku tafsirkan dari gambar diatas melihat dari sudut mereka berpelukan yang begitu erat,berkemungkinan mereka sudah lama tidak ketemu.Tapi apa yang daku hendak sampaikan dan berkongsi dengan anda semua pengalaman sebagai seorang abang.Mungkin bagi mereka yang bergelar along mempunyai kisah yang sama sepertiku.Kisahnya bermula ketika daku zaman persekolahan ketika itu emakku sarat mengandung,ayahku pergi belayar.Jadi menjadi tanggungjawabku untuk memasak makanan untuk adikku.Setelah siap masak sayur kobis masak kicap maka ku hidangkan pada adikku.Daku menerima komen yang agak bernas walaupun ketika itu masak nasi menggunakan beras cap rambutan,komennya.."along apa ni tak sedap arr along masak"kata adikku padaku.Dengan nada kecewa daku berkata "Along minta maaf dik,ni je yang along reti".Membawa hati yang lara aku termenung di dalam bilik,"adakah aku seorang abang yang tidak berguna detik hatiku"keesokkan harinya aku melihat sayur ku habis dimakan.Aku melihat sambil tersenyum.."mungkin kelaparan sangat mereka malam tadi".Wahai adik2 yang di luar sana ketahuilah anda bahawa abang-abang dan kakak anda sentiasa akan melindungi anda semua...Ini janji seorang abang kepada anda.Jadi hargailah ketika abang dan kakak anda masih ada.Ketahuilah anda mereka tidak marah lama,mereka masih sayangkan anda semua...mereka sanggup berlapar,berpanas,berhujan untuk pastikan anda senang,pandai dan berjaya dalam hidup....renung2kanlah..

2 comments:

Miz Ellysu Bahari said...

Kasihnya seorang kakak terhadap adik.

HanDrifter86 said...

insaf aku bek baca ko punya luahan hati..
tabik2..

Related Posts with Thumbnails

GearTinggi