Salam saya ucapkan pada semua pembaca..untuk tahun nie ku rasa ni entri yang pertama.Tapi malangnya entri kali ini terpanggil untuk ku coretkan adalah luahan rasa hati.Hari ini terungkai lah sudah kisah2 silamku yang selama ini ku cuba lupakan,namun Allah S.W.T telah memberiku pengajaran yang sewajarnya.Mungkin bagi sidia tiada kemaafan lagi yang boleh menutupi segala kisah silamku.Maka tertutuplah sudah pintu kemaafan untuk ku.Kisah percintaanku dan dia,penuh dengan dugaan dan halangan yang bisa membinasakan keutuhan jambatan yang selama ini menghubungkan kami berdua.Kami diduga pelbagai ujian,tapi yang sebenarnya banyak mendatangkan kesangsian,keraguan,ketidaksetiaan semua nya datang dari daku.Ku sedar sebagai seorang manusia aku tidak lari dari di ganggu syaitan.Kerana syaitan telah bersumpah pada penciptaNya akan ganggu manusia sehingga ke hari kiamat.Tapi pokok pangkalnya pada diriku jugak.Masakan pokok kan bergoyang kalau angin tak tiup betul tak?Terus terang ku katakan dengan dia...ku rasa amat bahagia.Penuh dengan tawa riang,senda gurau,tapi semua itu terpadam bila dia ketahui kisah silamku.Aku malu untuk berhadapan dengan dia,mahupun rakannya. Apapun entri ini adalah untuk menyatakan yang ku masih menyayanginya hingga kini dan saat ini.Aku redho dengan apa pun keputusan yang dia berikan..Semoga Allah kekalkan hubungan kami...maaf dariku untuk mu...Berilah peluang sekali lagi untuk ku perbaiki diri ini...
Salam all...setelah lama tidak berkarya...tapi hari ni bila check dalam phone terjumpa gambar diatas..bila teringat balik peristiwa mereka hatiku pasti berdetik menanyakan sesuatu dalam mindaku."Alangkah indah nya jika adik-beradikku serapat mereka berdua".Daku melihat salah sorang dari mereka mengesat air mata.Mungkin ada kisah disebalik pertemuan mereka.Apa yang dapat daku tafsirkan dari gambar diatas melihat dari sudut mereka berpelukan yang begitu erat,berkemungkinan mereka sudah lama tidak ketemu.Tapi apa yang daku hendak sampaikan dan berkongsi dengan anda semua pengalaman sebagai seorang abang.Mungkin bagi mereka yang bergelar along mempunyai kisah yang sama sepertiku.Kisahnya bermula ketika daku zaman persekolahan ketika itu emakku sarat mengandung,ayahku pergi belayar.Jadi menjadi tanggungjawabku untuk memasak makanan untuk adikku.Setelah siap masak sayur kobis masak kicap maka ku hidangkan pada adikku.Daku menerima komen yang agak bernas walaupun ketika itu masak nasi menggunakan beras cap rambutan,komennya.."along apa ni tak sedap arr along masak"kata adikku padaku.Dengan nada kecewa daku berkata "Along minta maaf dik,ni je yang along reti".Membawa hati yang lara aku termenung di dalam bilik,"adakah aku seorang abang yang tidak berguna detik hatiku"keesokkan harinya aku melihat sayur ku habis dimakan.Aku melihat sambil tersenyum.."mungkin kelaparan sangat mereka malam tadi".Wahai adik2 yang di luar sana ketahuilah anda bahawa abang-abang dan kakak anda sentiasa akan melindungi anda semua...Ini janji seorang abang kepada anda.Jadi hargailah ketika abang dan kakak anda masih ada.Ketahuilah anda mereka tidak marah lama,mereka masih sayangkan anda semua...mereka sanggup berlapar,berpanas,berhujan untuk pastikan anda senang,pandai dan berjaya dalam hidup....renung2kanlah..
salam semua....disamping korang tatap wajah diatas...gua nak berkongsi kegembiraan yang teramat sangat.hanya orang tertentu je tau nape aku rasa seronok sangat....tak kisah la ada orang nak kata aku apa pun kalau berani letak ar nama betol ni tak diam jer.....persetankan itu semua...yang penting sambil gua menyanyikan lagu "yang penting kita happy" jaga ko nawemee...pasni kalau ko buat video klip lagi aku lah orang yang akan bangkang habis2an.sebab aku akan jadi salah satu dari mereka...thanks god,thanks to semua terutama ellysu bahari yang banyak bagi sokongan.doakan medical gua semuanya berjalan dengan lancar.amiin.........
Salam semua...gua nye cerita kali ni pasal minggu lepas nye cerita..ari apa tak ingat...search ar dalam mudah bonet ebo tiga nak konbet dalam bebek.Dalam perjalanan pergi ke sungai buluh,tiba2 wa baru teringat,adjustable depan dah kong kalikong,nak kene servis....apa lagi koyak ar.....tengok sendirilah gambar kat bawah nie....
Setelah dibawa keluar penyerap hentak pagas ini,inilah brand nyer,bukan brandi tapi GAB jer...tak mampu pakai orang ijau macam sajen,joey,dan ajerul.Sebab kete wa ringan jer.takde pemberat kereta seperti garret dan seangkatan nye...kete joey lain la hahaha...
So alang2 menyeluk perkasam biar sampai ke dalam baju,wa suruh la itu apa kasi cuci itu gab sampai berkilat...pergh kejam nye...
maka inilah hasilnyer....berkilat macam iklan gigi darlie...
Sekali sharp sudah makan,apa lagi kene tukar le dah alang2 bukak...koyak2,tapi demi bebek tercinta ku sanggup korbankan jiwa dan raga basikal untuk mu sayang....
Salam semua,kali ni entri kisah nye di politeknik shah alam,dalam kelas dke2b,gambar diatas adalah output mikropromprosessor.Tahap ketensyenan blajar subjek nie amat lah terserlah..Gua rasa senang lagi blajar C++.Nasib baik gua dapat patner dengan yang tersayang,harap2 subjek nie lulus dengan cemerlang ler...
Ha tu wajah2 pengajar2 kami kat dke2b.En Rahmat dan puan roslina...Puan siap offer gua jadi agen kopi radix lagi..gua naik hairan lah apa muka gua ni muka mlm ker?Tak kisah lar...yang penting dua2 lect mikrop memang best...
ha ni budak best student kelas gua...tengok ar wajah selamba dia sambil mengatakan pada gua "ah nama gua pun ap wak,dah tentu ada kene mengena dengan mikrop"
astro dan mie paling pakar mikrop..."wak mikrop ni macam bawak myvi jer"kata astro pada gua.
Hai saya abg chor...saya peminat setia boy,tapi saya bukan gayboy tau...
Pasangan mantop di sem 2...amboi2 kakek ingat2 ckit dia dah berpunyer....tapi kalau utk wak no hal nyer....ops memain jer.....kakek ko ingat ko makan sebelah ain,ain cair ke ngan ko kakek...Ha tu blakang tu mama ila ngan sue apa bikin???oooo bawak broadband yer....bgtau lect barutau
Pergh.... abang RTM kusyuk giler....tah2 tengah main game terup...hahahaha...yang ko dek bkan nak tolong abang RTM tu....asyik nak take 5 jer...
Geng kuala ushar tak puas hati kat gua...."pahal wak ni kawasan gua tau....kata abg bukit bintang pada gua"
Hai bang bape ramai deal sokong MU??dah kalah tu kalah gak le nazrin kumbang...kak ros pun nak beting gak ker....???
So begitulah gambaran serba sedikit ketensyenan mereka dan kekusyukan menaip assemble..mikrop.pada gambar mereka yang takde jangan sedih yer....
Namaku shahrul nizwan bin ismail.
Umurku nak masuk pertengahan 20an.
Aku abg long dari 6 adik beradik
Hobi baca majalah KERETA.Jaga KERETA.Tido ngan KERETA pendek kata bkan panjang yang kata KERETA>>>>KERETA>>>KERETA>>>
Lahir kat Kuala Kangsar..Keje kat Majlis Sukan Negara Malaysia
Cita2 nak memiliki motor besor dan kete sport..Nama panggilan macam2..rul boleh.wak boleh..kaber pun diorang panggil gak..ape2 pun itu tag untuk yg bernama shahrul nizwan bin ismail..
Happy Birthday Kak Nyah... 4 tahun lorr....
-
Pejam celik.. Pejam celik......
Anak buah ku Iman Syuhada dah pun dah berusia 4 tahun....
Ni la dia Kak Nyah @ Iman...
Selamat Hari Lahir Kak Nyah
Moga I...
Homestay Malim nawar
-
As salam
Kepada sesiapa yang ingin mencari rumah penginapan boleh la berkunjung ke
Homestay kami ini.
Bertempat di KG TANJUNG BANGKUNG MALIM NAWAR
Kelua...
My Little Princess... 8 Month
-
Wajah ceria sayang ketika berusia 8 bulan..... Pakai baju pink, cekak
rambut bunga-bunga warna pink jugak... Kejap jer masa berlalu, sayang Mama
dah pun 8 ...