Sunday, July 11, 2010

Kisah Minggu Nie...

Salam semua....

Minggu nie pada ari sabtu...wa berdesup ke tapah...sebab ade jemputan kenduri berendoi qina.Anak buah ellysu...so mcm biasa lah bebek la yg menerbangkan wa dan ellysu...gerak 8am smpi 9am...tak silap...kelajuan bebek 70km/j je....

so dah sampai sana biasa la...takkan dok saja...hehehehe...apa lagi sambil tangkap gambar kene la angkat idang brother oi...cakap panjang talak guna...tgk lah tatapan gambar...

Durrani Nursyauqina


ayahnda dan bonda qina

Dibelakang Tadbir

General

Leftenan

Mejar
Leftenan Muda

Kumpulan Nasyid Raudah

Backup Singer

Mem Besar

Friday, July 9, 2010

Takut + Gembira + Claim tak masuk lagi

Salam semua...
Diam tak diam masa tinggal lagi beberapa bulan jer lagi...mengikut perkiraan mungkin tinggal lagi 2 bulan.Tapi aku teramat risau....tarikh semua telah ditetapkan...bila dipikirkan kepala mesti pening...tapi benda ini mesti diuruskan dengan segera...Ya Allah tolonglah permudahkan urusan hamba mu ini...

Kepada adikku nadia..sorry along tak dapat hantar pergi bank tadi...alhamdulillah urusan untuk adikku semua sudah selesai...sekarang tinggal urusan aku...camne ni????harap2 dalam minggu depan.semuanya berjalan dengan lancar....tapi adakah boleh menjadi kenyataan...entah la....hanya mampu berdoa....

Wednesday, May 26, 2010

Ku di tengah2......tersepit antara permata dan berlian

Salam semua....selalu nye bila ade masa terluang untuk balik kampung...aku pasti gembira bila dapat tahu dia pasti ikut aku.tapi minggu nie walaupun dia balik kampung jugak,tapi jiwa dan perasaan ku memberontak menyatakan daku tidak balik bersama dia."Ala bro ilek ar...dia naik kete lain jer...lagi pun silap lu jugak..sape suh lu ambil dia lewat2 malam kat tapah"...kata hati gua...Gua jawab balik..."salam bro,lu ingat wa suka2 ke nak balik lambat...tapi wa mengaku beb salah gua,apalak nanti kata org kampung dia,lagipun gua tau abah dia marah gua,silap wa jugak...

Untuk pengetahuan, gua last balik sitiawan pada tahun lepas....tau jelah anak sulung...raut wajah memang tak bgtau rindu...tapi dalam hati siapa yang tahu...tahap kerinduan pada adik2....seronok bila teringat kembali pada  petang tu kami sekeluarga pergi ke lumut...walaupun sekadar makan abc...suap adik im,bila teringat balik meleleh air mata...

ketika itu sepatutnya aku sudah patut bertolak ambil dia...namun bila keluar bersama keluarga,aku sudah lupa janji aku nak gerak pas asar ke tapah...Sedih bila kenangkan hanya abc saje yang dapat ku belanje mereka...sedangkan org lain kalau balik belanja family dengan pizza sekurang2nya....pada mak dan ayah anakmu minta maaf...terlalu singkat untuk kita semua gathering bersama....

Apa2pun memang silap aku...lain kali ingat rul...nak anto anak org bior sesiang....jgn memalam baru nak ngantor ngambik,paham tu yop!!!!!

Tuesday, May 18, 2010

DiKaLa DaKu DiMaraHi



Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Thursday, February 25, 2010

Berilah Peluang Padaku

Salam saya ucapkan pada semua pembaca..untuk tahun nie ku rasa ni entri yang pertama.Tapi malangnya entri kali ini terpanggil untuk ku coretkan adalah luahan rasa hati.Hari ini terungkai lah sudah kisah2 silamku yang selama ini ku cuba lupakan,namun Allah S.W.T telah memberiku pengajaran yang sewajarnya.Mungkin bagi sidia tiada kemaafan lagi yang boleh menutupi segala kisah silamku.Maka tertutuplah sudah pintu kemaafan untuk ku.Kisah percintaanku dan dia,penuh dengan dugaan dan halangan yang bisa membinasakan keutuhan jambatan yang selama ini menghubungkan kami berdua.Kami diduga pelbagai ujian,tapi yang sebenarnya banyak mendatangkan kesangsian,keraguan,ketidaksetiaan semua nya datang dari daku.Ku sedar sebagai seorang manusia aku tidak lari dari di ganggu syaitan.Kerana syaitan telah bersumpah pada penciptaNya akan ganggu manusia sehingga ke hari kiamat.Tapi pokok pangkalnya pada diriku jugak.Masakan pokok kan bergoyang kalau angin tak tiup betul tak?Terus terang ku katakan dengan dia...ku rasa amat bahagia.Penuh dengan tawa riang,senda gurau,tapi semua itu terpadam bila dia ketahui kisah silamku.Aku malu untuk berhadapan dengan dia,mahupun rakannya. Apapun entri ini adalah untuk menyatakan yang ku masih menyayanginya hingga kini dan saat ini.Aku redho dengan apa pun keputusan yang dia berikan..Semoga Allah kekalkan hubungan kami...maaf dariku untuk mu...Berilah peluang sekali lagi untuk ku perbaiki diri ini...
Related Posts with Thumbnails

GearTinggi